Selasa, 04 Februari 2014

Bayi Setahun Maut Dimakan Tikus Besar



Bayi Setahun Maut Dimakan Tikus Besar

YAMAN – Seekor tikus besar telah membunuh seorang bayi berusia setahun, selepas binatang itu makan sebahagian daripada badan bayi malang itu.
Kejadian berlaku di barat negara berkenaan iaitu di al-Hadith.
Tikus itu dilaporkan menyerang bayi itu ketika ia sedang tidur di dalam pondok yang diperbuat daripada tanah liat.
Keadaan itu kemudiannya disedari oleh ibu kanak-kanak itu yang kemudian membawa anaknya ke hospital.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Namun bayi itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Ia menyebabkan wanita tersebut mengalami kemurungan dan penduduk di kampung tersebut kini sedang memburu tikus tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar